Ini Dia Ciri-ciri Fizikal Ya’juz dan Ma’juz


Ya'juz dan Ma'juz adalah orang yang akan muncul di akhir zaman. Mereka senantiasa membuat kerosakan di muka bumi. Mereka mempunyai ciri-ciri fizikal yang khusus.

DUNIA ini semakin hari, tidak lagi bersahabat. Banyak sekali kehancuran, kebohongan, pengkhianatan juga penyimpangan-penyimpangan sosial yang terjadi. Adakah ini yang dinamakan dengan tanda akhir zaman? Wallahu 'alam.

Namun yang pasti, menjelang berakhirnya alam semesta ini, akan tiba sosok manusia yang membuat kerosakan di muka bumi. Siapakah mereka? Di antara perosak yang muncul di akhir zaman ialah Ya'juz dan Ma'juz. Seperti apa ya ciri-ciri mereka?

Khalid bin Abdillah ibn Harmalah menyampaikan dari bibinya yang menuturkan, suatu ketika Rasulullah ﷺ menyampaikan khutbah. Pada masa itu kepala beliau dibalut pembalut kerana disengat kala jengking.

Rasulullah ﷺ bersabda, "Kalian mengatakan tidak ada musuh. Sungguh, kalian akan terus berperang hingga Ya'juz dan Ma'juz keluar. Mereka berwajah lebar, bermata kecil, dan berambut hitam kemerah-merahan. Mereka turun dengan sangat cepat dari seluruh tempat yang tinggi, dan wajah mereka seperti perisai cembung yang tebal. "

Warna rambut mereka hitam kemerah-merahan, dan wajah mereka diperumpamakan oleh Rasulullah ﷺ dengan perisai cembung yang tebal. Mengapa? Kerana bentuknya yang bulat dan padat berlemak.

Mereka nanti akan keluar dan turun dari seluruh tempat yang tinggi. Lalu, merebak ke seluruh dunia dengan sangat cepat. []

Rujukan: Kiamat Sudah Dekat? / Karya: Dr. Muhammad Al-'Areifi / Penerbit: Qisthi Press

sumber islampos.com

Comments